Rentak kejayaan di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Disember tahun lalu diteruskan oleh skuad negara.
Kali ini, skuad bimbingan K. Rajagobal itu tampil dengan prestasi penuh konsisten apabila berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong malam tadi.
Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan pemain sayap Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal meletakkan negara di landasan kemenangan di setiap hujung masa permainan.
Meskipun sekadar mencatat kemenangan ke atas Hong Kong namun ia memberi kelegaan kepada peminat tempatan. Kebolehan bola sepak kita akan meningkat di masa depan dengan latihan yang gigih dan tahu keupayaan sendiri. Dalam pada itu kita sentiasa memerhati kebolehan dan kemajuan lawan kita.
Kita tidak boleh hanyut dengan kegagalan bola sepak kita di masa lalu. Hadapilah masa mendatang dengan latihan yang bersungguh-sungguh.
Kikek : Sentiasa ukur baju di badan sendiri.

Ukur baju di badan sendiri....
ReplyDeleteSkuad bola sepak negara makin meningkat prestasinya hasil daripada kegigihan jurulatih dan pemain-pemainnya yang bersemangat untuk mencatat kemenangan setelah sekian lama negara kehausaan kemenangan yang besar....namun kita harus ukur baju di badan sendiri kerana kelak nanti kita akan merana jika ukuran lain yang di pakai. Dunia kian berubah maka para pemain dan penonton juga berubah selera.Masa yang lalu usah di kenang....masa hadapan perlu di tempuhi ...usah di fikir kelemahan yang lalu tapi jangan sampai pula kita lupakan kenangan yang lama kerana masa dan waktu mengajar kita untuk menjadikannya sebagai suatu landasan memperoleh kejayaan. Syabas skuad Malaysia dan penyokong yang setia tapi ingat bila kita perlu meyelesaikan sesuatu kekusutan..kita haruslah bijak menghadapinya agar peminat dan pemain tidak terasa.....
Bukan Pinggiran :Jika kita menjadi khalifah dalam pasukan, kita harus bijak melerai kelemahan... Jika kita jadi khalifah dalam keluarga, kita harus bijak menguruskannya...dan jika kita menjadi khalifah di kalangan para sahabat haruslah pandai jaga hatinya.....
Benar sama sekali. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Baguih.
ReplyDeleteKikek : Kebenaran akan memusnahkan yang batil.
Kebenaran akan memusnahkan yang batil...
ReplyDeleteTidak dapat di nafikan bahawa kebenaran akan memusnahkan yang batil...Demi kerana kebenaranlah maka batil termusnah. Takdir menentukan bahawa jalan yang dipilih adalah berbeza....kuasa Allah dan kehendakNya siapa yang tahu...hanya Dia yang maha mengetahui tapi sebagai makhluk di atas pentas bumi ini kerana tidak mengetahui kebenarannya maka yang batil termusnah dek gara-gara kelemahan manusia itu sendiri.Sebagai manusia biasa kita seharusnya jujur dalam menghadapi apa jua yang mendatang...perlu ada persefahaman, kepercayaan, tolak ansur maka tidaklah musnah akan yang batil itu tetapi jika yang batil itu perlu di korbankan maka itu merupakan pilihan yang paling lemah. Seandainya kita bijak berkata-kata atau mengatur langkah , semestinya kita bijak untuk mengekal yang batil itu dari termusnah.......
Bukan Pinggiran: Kebenaran membuat kita menjadi lebih berani.