Saturday, February 26, 2011
Nik Aziz penuh kekeliruan
Nik Aziz sejak akhir-akhir ini kerap menyerang orang-orang UMNO dengan pelbagai jenis hukuman dan kata-kata yang menggolongkan UMNO dalam pelbagai jenis rupa yang negatif. Di Tenang, Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai jahiliah. Orang PAS mungkin disifatkan sebagai orang lebih bertamaddun daripada orang UMNO. Atas dasar apa? Itulah keliru dan karutnya Nik Aziz.
Tuduhan mengatakan UMNO sekular dan nasionalis sudah lama didengar dan dibaca. Daripada pelajaran sejarah yang Kikek pelajari mendapati bahawa terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasiolis Islam. Pejuang-pejuang itu sangat sayangkan negara mereka. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam. Pejuang yang membebaskan negara kita dulu dan menegakkan Islam di Malaysia adalah nasionalis Islam Melayu.
Nik Aziz penuh kekeliruan dan mengelirukan. Dia juga hanya berjuang di Malaysia sahaja, bukan di Afganistan, bukan di Pakistan, bukan di Somalia malah di Mesir ... pantang dengar dua tiga tembakan terus desak Kerajaan Persekutuan panggil balik rakyat. Kalau berjuang untuk Islam ... serulah rakyat terutama penyokong PAS supaya kekal di sana dan berjuang menjatuhkan nasionalis Hosni Mubarak.
Marilah kita melihat perjuangan UMNO selama ini, jelas terpampang perjuangannya menegakkan Islam. apakah yang ada dalam hati orang-orang UMNO apabila mereka juga mengucap dua kalimah syahadat?
Nik Aziz ... apakah kerajaan UMNO hari in meruntukan masjid? Apakah kerajaan UMNO hari in menghalang orang Islam menunaikan umrah dan haji? Bahkan terdapat ramai graduan yang menamatkan pengajian Islam dalam pelbagai peringkat.
Kikek : mengikuti polimik Dr M dan Nik Aziz dgn penuh minat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment