PRU13 : Apakah Harapan BN?
Pada hemat Kekek Barisan Nasional mempunyai peluang yang baik untuk menang dalam PRU13 yang akan diadakan nanti.Walau bagaimana pun terdapat beberapa keadaan yang boleh jadi samar-samar.Hasil keputusan PRU12 telah menunjukkan bahawa kerajaan BN sekarang bukanlah sebuah yang kuat. Ia kini begitu 'berani' diserang oleh parti pembangkang. Kiri, kanan, atas, dan bawah. Apalagi beberapa buah negeri di Semenanjung dikuasai oleh parti lawan. Ia ditambah buruk dengan sesetengah penyokong BN ketandusan idea untuk membahaskan isu-isu yang timbul. apalagi penyokong yang mengiyakan saja kata-kata pembangkang yang belum tentu kebenarannya.
Apakah parti-parti dalam BN sudah benar-benar bersedia turun gelanggang untuk menepis isu-isu terkini? Persediaan parti amat penting dalam memberi nafas segar kepada penyokong masing-masing.
PELUANG PEMIMPIN MUDA?
Pemimpin lama yang masih mempunyai sokongan kuat perlu dikekalkan bagi menentukan kemenangan parti. Hari ini kekek membaca akhbar yang menyatakan Jose Maurinho sanggup membeli Frank Lampard ( ayam tua Chelsea ) dengan alasan beliau memerlukan 'orang lama' dalam saingan La Liga. Hari ini dalam pergerakan parti telah muncul ramai pemimpin muda yang boleh membantu kerajaan. Pemimpin muda ini perlu diberi peluang sebagai pelapis dalam PRU13 yang akan datang ini.Ini akan memudahkan peralihan kuasa yang bakal berlaku di masa akan datang. Benar, pemimpin lama perlu 'membimbing' orang baru. Tapi 'orang lama' tidak boleh terlalu lama. Sepatutnya orang yang seangkatan 'Dr Mahathir' tidak lagi menawarkan diri kali ini.Berilah 'orang lama' yang lebih muda sedikit.Kekek merasa hairan bila ada seorang MB yang sudah begitu lama dan 'uzur' masih sanggup bertanding jika dicalonkan. Dalam BN pun ada?
Namun kekek amat pasti bahawa pengunduran pemimpin lama perlu mengambil berat mengenai banyak perkara supaya ia tidak menjejaskan kekuatan parti.Pemimpin muda pula harus berfikiran terkehadapan bagi membolehkannya memikul tanggungjawab mentadbir negara yang mudah.
Akhir sekali pada hemat Kikek : Pemimpin yang hendak dicalonkan mestilah bersih, cakap, dan amanah.
