Monday, January 31, 2011

Bukan Kiambang Bertaut Kembali

Pertemuan dengan kawan-kawan lama bukanlah bermakna kiambang bertaut kembali. Ia sekadar menjadi nostalgia sahaja. Apa lagi setelah begitu lama dipisahkan dengan masa. Setelah sekian lama,  kita mempunyai tanggungjawab yang berlainan. Anehnya ... kita sering beranggapan masa sekarang sama seperti masa lalu.
Ketika kita mempunyai hala tuju dan cabaran yang mendatang. Dengan tanggungjawab menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi, kita tidak membolehkan diri kita hanyut dibuai kenangan masa lalu.
Kadang-kadang kita menunding jari menyalahkan rakan lama kita kerana sukar diduga tingkahnya. Dalam masa yang sama kita tidak menoleh orang yang berdekatan dan bersebelahan dengan kita. Mereka juga penuh kecurigaan dan licik. Sering mencari punca, jawapan sebenar ada pada kita.
Kehidupan perlu diteruskan. 
Anak Kikek : Sahabat tetap sahabat ... dunia akhirat.....

Saturday, January 22, 2011

Wanita Lebih Stress?

Anak kikek membaca Mingguan Malaysia hari ini. Betul ke? Ramai orang mengalami stress tetapi tidak menyedarinya. Mengapa jadi begini? Wanita terutamanya yang 'dwi-kerjaya' terpaksa mengahdapi dunia realiti dengan pelbagai permintaan ahli keluarga. Ia melibatkan masa tidur, kerja rumah, masa untuk bersama kawan, bersama suami. Cuti hujung minggu menjadikan wanita lebih stress kerana menggunakan segala tenaga untuk membereskan kain baju, mencuci baju, seterika, dan membeli keperluan dapur.
Adakah rutin ini membebankan wanita? Pada Anak kikek ianya terpulang kepada bagaimana kita mengawal dan membiaskan dengan keadaan seharian. Pokok pangkalnya terpulang kepada individu berkenaan. Pastinya panduan agama adalah tonik paling berguna untuk lelaki atau pun wanita.
Anak Kikek  : Kalu pot-pet,pot-pet .... diam saja. Agaknya stress lah tu....

Wednesday, January 12, 2011

KSSR

Melihat kepada anak-anak baru masuk sekolah, Anak kikek berasa sungguh gembira. Mereka ini adalah generasi baru anak-anak Malaysia yang mula menempuh kurikulum baru dalam negara kita : KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Sekarang mereka sedang dalam tempoh Program Transisi dan Sekolah Penyayang. kita belum tahu akan tahap kefahaman guru dalam KSSR ini. Ianya bukan perkara baru dari sudut kerja guru. Sebelum ini KBSR pun dimulakan dengan penuh harapan. Dari senarai semak, kedudukan kerusi meja yang berkumpulan dalam bilik darjah, lembaran kerja yang berperingkat kebolehan. Ya, KBSR telah banyak membantu anak-anak Malaysia hari ini.
Dulu 3M tapi dalam KSSR 4M. Mari-marilah kita sama-sama membantu kerajaan ke arah kejayaan KSSR. Insa'allah.
Anak Kikek :  sentiasa berusaha...