Gagasan 1Malaysia adalah bertujuan membina masyarakat dengan berteraskan budaya ilmu, pembinaan tamadun, keadilan sosial, tindakan demokratik, kelestarian alam sekitar, kehakiman yang adil dan banyak lagi kebaikan yang bertujuan membina Malaysia yang berjaya. Gagasan ini dipelopori oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam penerimaan lebih separuh rakyat Malaysia, masih ada yang menolak 1Malaysia dan sekali gus menolak Barisan Nasional. Kenapa? Lazimnya mereka sering menjadikan politik wang, rasuah, ketidak islaman kerajaan yang ada sekarang. Selebihnya kerana datuk, nenek, ibu, bapa memang berdiri di atas parti pembangkang sejak berzaman dulu. Baiknya mereka kerana masih percaya akan demokrasi.
Daripada pembacaan Kikek didapati bahawa kuasa utama dalam PRU ke-13 adalah kaum belia dan kaum wanita.
Cara, lagak, gaya dan corak belia hari ini amat berbeza. Ada antara mereka menjadikan parti politik sebagaimana mereka menyokong pasukan bola. Ikut minat. mereka tidak berfikir secara politik. BN harus dan sememangnya pandai bahkan selalu bersungguh-sungguh memenuhi aspirasi para belia hari ini.
Jika ada yang berkata bahawa tempoh masa 50 tahun Barisan Nasional akan berakhir kerana telah berjaya menguasai 4 buah negeri maka itu adalah impian dan harapan semata-mata. Dongengan sahaja. Janji 16 September hanya bohongan semata-mata.
Ketika pihak pembangkang masih teraba-raba untuk bergabung. BN telah lama telah melangkah jauh ke hadapan dengan banyak perubahan terutamanya melalui gagasan 1Malaysia.
Wawasan 2020 hanya tinggal 9 tahun lagi. Wawasan 2020 dan 1Malaysia adalah dua dalam satu. Dari segi matlamat ia mempunyai kerangka dan hasrat yang sama iaitu 'Memajukan Malaysia'.
Kikek : Gaya BN mesti baru dan sentiasa baru.


