Tuesday, December 13, 2011

Kenapa Mahu Yang Muda?

PRU13 : Apakah Harapan BN?
Pada hemat Kekek Barisan Nasional mempunyai peluang yang baik untuk menang dalam PRU13 yang akan diadakan nanti.Walau bagaimana pun terdapat beberapa keadaan yang boleh jadi samar-samar.Hasil keputusan PRU12 telah menunjukkan bahawa kerajaan BN sekarang bukanlah sebuah yang kuat. Ia kini begitu 'berani' diserang oleh parti pembangkang. Kiri, kanan, atas, dan bawah. Apalagi beberapa buah negeri di Semenanjung dikuasai oleh parti lawan. Ia ditambah buruk dengan sesetengah penyokong BN  ketandusan idea untuk membahaskan isu-isu yang timbul. apalagi penyokong yang mengiyakan saja kata-kata pembangkang yang belum tentu kebenarannya.
Apakah parti-parti dalam BN sudah benar-benar bersedia turun gelanggang untuk menepis isu-isu terkini? Persediaan parti amat penting dalam memberi nafas segar kepada penyokong masing-masing.


PELUANG PEMIMPIN MUDA?
Pemimpin lama yang masih mempunyai sokongan kuat perlu dikekalkan bagi menentukan kemenangan parti. Hari ini kekek membaca akhbar yang menyatakan Jose Maurinho sanggup membeli Frank Lampard ( ayam tua Chelsea ) dengan alasan beliau memerlukan 'orang lama' dalam saingan La Liga. Hari ini dalam pergerakan parti telah muncul ramai pemimpin muda yang boleh membantu kerajaan. Pemimpin muda ini perlu diberi peluang sebagai pelapis dalam PRU13 yang akan datang ini.Ini akan memudahkan peralihan kuasa yang bakal berlaku di masa akan datang. Benar, pemimpin lama perlu 'membimbing' orang baru. Tapi 'orang lama' tidak boleh terlalu lama. Sepatutnya orang yang seangkatan 'Dr Mahathir' tidak lagi menawarkan diri kali ini.Berilah 'orang lama' yang lebih muda sedikit.Kekek merasa hairan bila ada seorang MB yang sudah begitu lama dan 'uzur' masih sanggup bertanding jika dicalonkan. Dalam BN pun ada?
Namun kekek amat pasti bahawa pengunduran pemimpin lama perlu mengambil berat mengenai banyak perkara supaya ia tidak menjejaskan kekuatan parti.Pemimpin muda pula harus berfikiran terkehadapan bagi membolehkannya memikul tanggungjawab mentadbir negara yang mudah.

Akhir sekali pada hemat Kikek : Pemimpin yang hendak dicalonkan mestilah  bersih, cakap, dan amanah.

Tuesday, July 5, 2011

Melayu dan Perpecahan

     Kemerdekaan negara kita akan menjangkau kali ke-54. Rupanya sudah 54 tahun umat Melayu dan kaum Malaysia bebas dari sebarang bentuk penjajahan. Umat Melayu begitu selesa tanpa disedari banyak lagi perkara yang perlu dilakukan supaya kita tidak terpinggir buat kali keduanya. Sikap lupa diri, Kegagalan Umat Melayu memanfaatkan segala kemajuan teknologi mutakhir dan kita juga sering terjerat dalam salah tafsir ajaran Islam.
     Hari ini kita dapat melihat dan berfikir sebenarnya umat Melayu masih lagi lemah dan pada hakikatnya mereka belum berjaya. Namun dari lagak yang ada sekarang Umat Melayu berlagak seolah-olah mereka terlalu kuat seoalah-olah mereka berjaya tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Padahal hakikat kejayaan yang dicapai selama ini adalah hasil perlindungan dasar bantuan kerajaan memerintah yang diterajui UMNO.
     TIDAK semua umat Melayu dilanda sindrom lupa diri dan lupa daratan tetapi segelintir daripadanya sudah cukup meneyebabkan kehancuran umat..Sejarah kehancuran Melaka boleh dijadikan pedoman. Cukup adanya segelintir pegawai melakukan kecuaian maka hancurlah semuanya.
      Kelemahan menguasai teknologi pada masa itu menyebabkan Melaka tidak dapat menentang Portugis sedangkan hubungan Melaka sudah terjalin dengan Cina, Arab sekian lama. Lambat menguasai teknologi dan tidak mengambil peluang pada ketika itu menyebabkan kita lesu dan layu di tangan Portugis.
     Rumpun Melayu ketinggalan dalam arus revolusi industri pada satu ketika dulu kerana mereka sedang dijajah, namun persoalan paling kritikal ketika ini adakah kita akan terus bersama-sama menguasai dunia IT yang sedang melanda dunia globalisasi ketika ini? Kerajaan yang ditunjangi UMNO pula terus bekerja dengan kuat seperti dengan penubuhan MSC dan Cyberjaya.
     Siapakah yang akan kita persalahkan pula selepas ini?
     Satu persoalan lain juga berlegar di fikiran saya : satu masa dulu Islam telah menjadikan bangsa Arab yang berpecah-belah menjadi bersatu tatkala Barat masih dalam kegelapan. kenapa pula Umat Melayu pada hari ini begitu ghairah mencari kesalahan antara satu sama lain dengan menjadikan Islam sebagai landasan perpecahan yang sedang berlaku ini? Adakah kerana seorang individu yang berpengaruh kita sudah melupakan perpaduan Melayu? Adakah kerana membenci kerajaan hari ini  menyebabkan kita buta untuk melihat kesalahan nyata individu berkenaan?

Monday, April 11, 2011

Mengapa Bersekolah?

Kebanyakan kita menghantar anak ke sekolah setiap hari tanpa memikirkan mengapa kita melakukannya? Mungkin jawapan kita kerana memang begitu. Kerajaan pun menetapkan sedemikian. Malah semua orang di sekeliling kita melakukan perkara yang sama.
Mengapa anak kita mesti terpelajar? Mengapa mereka perlu belajar? Sudah tentu soalan ini tidak memerlukan jawapan kerana soalannya tidak begitu akademik dan tidak penting.
Adakah fungsi sekolah untuk membangunkan intelektual sahaja ATAU untuk menghasilkan manusia yang berdaya saing, prihatin, penyayang dan disayangi. Mungkin kedua-duanya sekali.



Ada yang berkata persekolahan adalah pendorong rasa ingin tahu pada kanak-kanak apabila memulakan persekolahan.Sesetengah ibubapa pula merasakan lebih selamat menyerahkan kepada sekolah memajukan keupayaan keintelektualan anak mereka. Mereka ini perlu bertanya, "Manakah yang lebih sesuai untuk anak mereka?".
Apapun kita percaya bahawa tujuan pendidikan tidak semata-mata untuk membantu kanak-kanak mengetahui lebih banyak tetapi untuk membantu kanak-kanak menjadi seorang yang berfikir, prihatin, berimaginasi, memahami dan menyesuaikan diri dengan lebih baik supaya menjadi pelajar yang lebih baik.
Kikek   : Kita perlu lebih komited terhadap kemajuan anak-anak kita. Kitalah acuannya.

Monday, March 7, 2011

Gagasan 1Malaysia dan PRU Ke-13

Gagasan 1Malaysia  adalah bertujuan membina masyarakat dengan berteraskan budaya ilmu, pembinaan tamadun, keadilan sosial, tindakan demokratik, kelestarian alam sekitar, kehakiman yang adil dan banyak lagi kebaikan yang bertujuan membina Malaysia yang berjaya. Gagasan ini dipelopori oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
  Dalam penerimaan lebih separuh rakyat Malaysia, masih ada yang menolak 1Malaysia dan sekali gus menolak Barisan Nasional. Kenapa? Lazimnya mereka sering menjadikan politik wang, rasuah, ketidak islaman kerajaan yang ada sekarang. Selebihnya kerana datuk, nenek, ibu, bapa memang berdiri di atas parti pembangkang sejak berzaman dulu. Baiknya mereka kerana masih percaya akan demokrasi.
Daripada pembacaan Kikek didapati bahawa kuasa utama dalam PRU ke-13 adalah kaum belia dan kaum wanita.

  Cara, lagak, gaya dan corak belia hari ini amat berbeza. Ada antara mereka menjadikan parti politik sebagaimana mereka menyokong pasukan bola. Ikut minat. mereka tidak berfikir secara politik. BN harus dan sememangnya pandai bahkan selalu bersungguh-sungguh memenuhi aspirasi para belia hari ini.
   Jika ada yang berkata bahawa tempoh masa 50 tahun Barisan Nasional akan berakhir kerana telah berjaya menguasai 4 buah negeri maka itu adalah impian dan harapan semata-mata. Dongengan sahaja. Janji 16 September hanya bohongan semata-mata.
    Ketika pihak pembangkang masih teraba-raba untuk bergabung. BN telah lama telah melangkah jauh ke hadapan dengan banyak perubahan  terutamanya melalui gagasan 1Malaysia.
Wawasan 2020 hanya tinggal 9 tahun lagi.  Wawasan 2020 dan 1Malaysia adalah dua dalam satu. Dari segi matlamat ia mempunyai kerangka dan hasrat yang sama iaitu  'Memajukan Malaysia'.
Kikek : Gaya BN mesti baru dan sentiasa baru.

Saturday, February 26, 2011

Nik Aziz penuh kekeliruan



Nik Aziz sejak akhir-akhir ini kerap menyerang orang-orang UMNO dengan pelbagai jenis hukuman dan kata-kata yang menggolongkan UMNO dalam pelbagai jenis rupa yang negatif. Di Tenang, Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai jahiliah. Orang PAS mungkin disifatkan sebagai orang lebih bertamaddun daripada orang UMNO. Atas dasar apa? Itulah keliru dan karutnya Nik Aziz.
Tuduhan mengatakan UMNO sekular dan nasionalis sudah lama didengar dan dibaca. Daripada pelajaran sejarah yang Kikek pelajari mendapati bahawa terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasiolis Islam. Pejuang-pejuang itu sangat sayangkan negara mereka. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam. Pejuang yang membebaskan negara kita dulu dan menegakkan Islam di Malaysia adalah nasionalis Islam Melayu.
Nik Aziz penuh kekeliruan dan mengelirukan.  Dia juga hanya berjuang di Malaysia sahaja, bukan di Afganistan, bukan di Pakistan, bukan di Somalia malah di Mesir ... pantang dengar dua tiga tembakan terus desak Kerajaan Persekutuan panggil balik rakyat. Kalau berjuang untuk Islam ... serulah rakyat terutama penyokong PAS supaya kekal di sana dan berjuang menjatuhkan nasionalis Hosni Mubarak.
Marilah kita melihat perjuangan UMNO selama ini, jelas terpampang perjuangannya menegakkan Islam.  apakah yang ada dalam hati orang-orang UMNO apabila mereka juga mengucap dua kalimah syahadat?
Nik Aziz ... apakah kerajaan UMNO hari in meruntukan masjid? Apakah kerajaan UMNO hari in menghalang orang Islam menunaikan umrah dan haji? Bahkan terdapat ramai graduan yang menamatkan pengajian Islam dalam pelbagai peringkat.

Kikek : mengikuti polimik Dr M dan Nik Aziz dgn penuh minat.

Sunday, February 20, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Lucu, dah lama saya tidak menonton filem. Selalu belikan anak-anak VCD tetapi jarang menonton sampai habis. Semalam dalam perjalanan pulang dari Johor, saya berkesempatan mendengar anak-anak ketawa terkekek-kekek menonton VCD dalam kereta. Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sesampai di rumah saya pula yang menonton kerana mata tak mengantuk. Ingatkan apa jenis hantu. Rupanya cuma salah-faham situ dan sini. Begitulah dalam kehidupan kita. Salah faham sering berlaku. HKLBR juga tidak ketinggalan memaparkan aksi salah faham orang di Kg Pisang.
 
Bagus juga olahan Si Mamat Khalid ni. Tambahan lakonan Awie yang mantap. Saya amat leka dengan filem ini. Dalam kes yang sama, saya tidak habis menonton kerana tiba-tiba mengantuk. Pagi ini saya tersenyum sendiri. Tajuknya hantu .... tetapi jalan cerita ada sedikit hantu. Petang nanti agaknya saya akan sambung lagi.
Satu lagi VCD yang sempat ditonton petang semalam adalah Storm Rider 2. Ia lebih mengarut dan khayal. tapi amat menghiburkan. Kalau cerita Cina .. itu genre yang saya suka tonton. Tapi cuma untuk hiburan semata-mata. Class .... Saya ikut cerita ini sebab sewaktu dulu-dulu saya amat leka dengan komik " Pedang Setiawan". Berpuluh-puluh siri. Jadi bila menonton Storm Rider 1 & The Storm Warriors 2 .... saya tidak mempunyai masalah untuk memahami jalan ceritanya. Apa pun ia adalah untuk hiburan semata-mata. Memang class ...
Kikek  : Dendangan lagu-lagu  Awie dlm HKLBR  memang mengasyikan.

Saturday, February 12, 2011

Konvensyen UMNO Kelantan

Kikek turut sama menghadiri Konvensyen UMNO Kelantan di Sweet Beach Resort pada 10 & 11 Januari 2011. Dengan semangat yang berkobar-kobar Kikek lihat para peserta berbahas untuk memperkasakan UMNO di Kelantan. Dari perbahasan, wah ...! nampak gaya UMNO Kelantan akan bangkit kembali setelah 20 tahun negeri Kelantan diperintah oleh PAS yang tidak menampakkan 'syurga' di Kelantan.
Pada kikek UMNO akan berjaya di Kelantan jika pemimpin besar di Kelantan kerap turun ke akar umbi. Menyelami hasrat rakyat. Sekadar contoh, lihat saja Tan Sri Annuar Musa, rakyat Kelantan rasa bangga dengan pakaian 'The Red Warriors'. Tan Sri sekarang tak menang tangan untuk bersalaman dengan rakyat. Lebih banyak sapaan diterima oleh Tan Sri. Dan Tan Sri juga kerap turun padang setiap petang.

Kikek sempat juga bersembang dengan Ustaz Mat Nor Deris mengenai pandangannya pasal Nik Aziz. Maklumlah beliau dan Nik Aziz pernah bertegang leher semasa PRK Galas dulu.  Pendiriannya tetap sama. Nik Aziz dikatakan banyak mengeluarkan kenyataan yang sukar ditafsir oleh ahli agama sekali pun. Kikek pun merasakan inilah saat-saat dan peluang yang harus dieksploitasi oleh UMNO Kelantan.

Ada mentari di ufuk timur untuk UMNO Kelantan. Dan mentari itu diharapkan memberi sinaran kepada UMNO Kelantan. Jika kerja dengan bersungguh-sungguh dan tiada berlaku perpecahan sesama sendiri, Insa'Allah UMNO Kelantan akan berjaya. Sejarah membuktikan bahawa kejatuhan UMNO Kelantan adalah disebabkan berlakunya percanggahan pendapat dan perebutan pengaruh sesama sendiri. Kalau dulu UMNO Kelantan jatuh kerana ada pemimpin Kelantan mencabar pemimpin di peringkat pusat.Kekalahan itu menyebabkan wujudnya satu parti lain yang berpengaruh yang bersifat sementara kemudian kembali ke pangkuan UMNO. Ia menyebabkan ada ramai dikalangan penyokong parti berkenaan terus kekal sebagai penentang kepada UMNO. Bagaimana pun itu bukan sebab mutlak kejatuhan UMNO di Kelantan.

Kikek  : Ayuh bangkitlah sahabat-sahabat ... Kelantan mesti dikembalikan kepada UMNO.

Wednesday, February 9, 2011

Terus mengaum

Rentak kejayaan di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 Disember tahun lalu diteruskan oleh skuad negara.
Kali ini, skuad bimbingan K. Rajagobal itu tampil dengan prestasi penuh konsisten apabila berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong malam tadi.
Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dan pemain sayap Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal meletakkan negara di landasan kemenangan di setiap hujung masa permainan.
Meskipun sekadar mencatat kemenangan ke atas Hong Kong namun ia memberi kelegaan kepada peminat tempatan. Kebolehan bola sepak kita akan meningkat di masa depan dengan latihan yang gigih dan tahu keupayaan sendiri. Dalam pada itu kita sentiasa memerhati kebolehan dan kemajuan lawan kita.
Kita tidak boleh hanyut dengan kegagalan bola sepak kita di masa lalu. Hadapilah masa mendatang dengan latihan yang bersungguh-sungguh.
Kikek   :  Sentiasa ukur baju di badan sendiri.

Sunday, February 6, 2011

Kenapa Anak Kikek?

Kenapa Anak kikek? Banyak pertanyaan. Bukan nama glamour pun. Tapi bila lihat Kikek ( ejaan sebenar 'kekek' ) ... ia sungguh putih, berkilau dan berseri-seri. Dalam lagu Melayu lama ada disebut ... " Ikan kekek mak ilui-ili, ikan gelama mak ilai-ilai'. Kalau ketawa kita terkekek-kekek.

Lirik Lagu Ikan Kekek - Dodoi Si Manja

Ikan kekek mak ilui-ilui                         Tenang-tenang air di laut
Ikan gelama mak ilai-ilai                      Sampan golek mudik ke tanjung
Nanti adik mak ilui-ilui                           Hati terkenang mulut tersebut
Pulang sama mak ilai-ilai                      Budi yang baik rasa dijunjung




Tingginya budi orang tua-tua kita. Mudah kan? Apa pun penilaian orang, kita lebih memahami diri kita sendiri.


Anak kikek :  ' MUDOH BASO, SENE KIRO'
I

Saturday, February 5, 2011

Kacang Selalu Lupakan Kulit


Anak Kikek amat meminati Kelab Bolasepak Liverpool. Apalagi ketika bersama Torres. Kini Torres sudah pergi. anak kikek amat terkejut dengan kenyataan Torres di Chelsea kelmarin.Beliau  menyatakan bahawa dia tidak pernah 'jatuh cinta' dengan Liverpool. Dahsyat dan bangsat sungguh Si Torres ni.
Dalam kehidupan kita sehari-hari kita sepatutnya sentiasa mengenang budi dan jasa orang. Inilah dunia hari ini. Manusia memang banyak berpura-pura. Ketika di Liverpool dia mempunyai ramai kawan dan sentiasa hebat bila bermain kerana kerjasama yang diberikan oleh ahli pasukan. Kini rakan-rakannya di Liverpool terlopong mendengar kata-kata yang tidak tersangka.
Anak Kikek : Pernah ke Liverpool  semata-mata nak tengok bola.

Monday, January 31, 2011

Bukan Kiambang Bertaut Kembali

Pertemuan dengan kawan-kawan lama bukanlah bermakna kiambang bertaut kembali. Ia sekadar menjadi nostalgia sahaja. Apa lagi setelah begitu lama dipisahkan dengan masa. Setelah sekian lama,  kita mempunyai tanggungjawab yang berlainan. Anehnya ... kita sering beranggapan masa sekarang sama seperti masa lalu.
Ketika kita mempunyai hala tuju dan cabaran yang mendatang. Dengan tanggungjawab menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi, kita tidak membolehkan diri kita hanyut dibuai kenangan masa lalu.
Kadang-kadang kita menunding jari menyalahkan rakan lama kita kerana sukar diduga tingkahnya. Dalam masa yang sama kita tidak menoleh orang yang berdekatan dan bersebelahan dengan kita. Mereka juga penuh kecurigaan dan licik. Sering mencari punca, jawapan sebenar ada pada kita.
Kehidupan perlu diteruskan. 
Anak Kikek : Sahabat tetap sahabat ... dunia akhirat.....

Saturday, January 22, 2011

Wanita Lebih Stress?

Anak kikek membaca Mingguan Malaysia hari ini. Betul ke? Ramai orang mengalami stress tetapi tidak menyedarinya. Mengapa jadi begini? Wanita terutamanya yang 'dwi-kerjaya' terpaksa mengahdapi dunia realiti dengan pelbagai permintaan ahli keluarga. Ia melibatkan masa tidur, kerja rumah, masa untuk bersama kawan, bersama suami. Cuti hujung minggu menjadikan wanita lebih stress kerana menggunakan segala tenaga untuk membereskan kain baju, mencuci baju, seterika, dan membeli keperluan dapur.
Adakah rutin ini membebankan wanita? Pada Anak kikek ianya terpulang kepada bagaimana kita mengawal dan membiaskan dengan keadaan seharian. Pokok pangkalnya terpulang kepada individu berkenaan. Pastinya panduan agama adalah tonik paling berguna untuk lelaki atau pun wanita.
Anak Kikek  : Kalu pot-pet,pot-pet .... diam saja. Agaknya stress lah tu....

Wednesday, January 12, 2011

KSSR

Melihat kepada anak-anak baru masuk sekolah, Anak kikek berasa sungguh gembira. Mereka ini adalah generasi baru anak-anak Malaysia yang mula menempuh kurikulum baru dalam negara kita : KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Sekarang mereka sedang dalam tempoh Program Transisi dan Sekolah Penyayang. kita belum tahu akan tahap kefahaman guru dalam KSSR ini. Ianya bukan perkara baru dari sudut kerja guru. Sebelum ini KBSR pun dimulakan dengan penuh harapan. Dari senarai semak, kedudukan kerusi meja yang berkumpulan dalam bilik darjah, lembaran kerja yang berperingkat kebolehan. Ya, KBSR telah banyak membantu anak-anak Malaysia hari ini.
Dulu 3M tapi dalam KSSR 4M. Mari-marilah kita sama-sama membantu kerajaan ke arah kejayaan KSSR. Insa'allah.
Anak Kikek :  sentiasa berusaha...