Kikek turut sama menghadiri Konvensyen UMNO Kelantan di Sweet Beach Resort pada 10 & 11 Januari 2011. Dengan semangat yang berkobar-kobar Kikek lihat para peserta berbahas untuk memperkasakan UMNO di Kelantan. Dari perbahasan, wah ...! nampak gaya UMNO Kelantan akan bangkit kembali setelah 20 tahun negeri Kelantan diperintah oleh PAS yang tidak menampakkan 'syurga' di Kelantan.
Pada kikek UMNO akan berjaya di Kelantan jika pemimpin besar di Kelantan kerap turun ke akar umbi. Menyelami hasrat rakyat. Sekadar contoh, lihat saja Tan Sri Annuar Musa, rakyat Kelantan rasa bangga dengan pakaian 'The Red Warriors'. Tan Sri sekarang tak menang tangan untuk bersalaman dengan rakyat. Lebih banyak sapaan diterima oleh Tan Sri. Dan Tan Sri juga kerap turun padang setiap petang.
Kikek sempat juga bersembang dengan Ustaz Mat Nor Deris mengenai pandangannya pasal Nik Aziz. Maklumlah beliau dan Nik Aziz pernah bertegang leher semasa PRK Galas dulu. Pendiriannya tetap sama. Nik Aziz dikatakan banyak mengeluarkan kenyataan yang sukar ditafsir oleh ahli agama sekali pun. Kikek pun merasakan inilah saat-saat dan peluang yang harus dieksploitasi oleh UMNO Kelantan.
Ada mentari di ufuk timur untuk UMNO Kelantan. Dan mentari itu diharapkan memberi sinaran kepada UMNO Kelantan. Jika kerja dengan bersungguh-sungguh dan tiada berlaku perpecahan sesama sendiri, Insa'Allah UMNO Kelantan akan berjaya. Sejarah membuktikan bahawa kejatuhan UMNO Kelantan adalah disebabkan berlakunya percanggahan pendapat dan perebutan pengaruh sesama sendiri. Kalau dulu UMNO Kelantan jatuh kerana ada pemimpin Kelantan mencabar pemimpin di peringkat pusat.Kekalahan itu menyebabkan wujudnya satu parti lain yang berpengaruh yang bersifat sementara kemudian kembali ke pangkuan UMNO. Ia menyebabkan ada ramai dikalangan penyokong parti berkenaan terus kekal sebagai penentang kepada UMNO. Bagaimana pun itu bukan sebab mutlak kejatuhan UMNO di Kelantan.
Kikek : Ayuh bangkitlah sahabat-sahabat ... Kelantan mesti dikembalikan kepada UMNO.





Tidak kira parti apa pun manusia hanya pandai bercakap...untuk menunaikannya adalah sesuatu yang sukar. Bukan senang untuk membina syurga ...kerana bagi pinggiran hanya Allah yang mampu. Sebelum kita terjun kearah yang lebih besar lebih baik kita bermuhasabah diri kerana kita sendiri pun belum sempurna dan masih membaik diri kearah yang lebih baik.Menjadi pemimpin kepada ramai orang bukannya senang...inikan pula untuk menjadi pemimpin kepada beberapa orang...tersalah gaya...kecil hatinya...renung-renungkanlah.....
ReplyDeleteBukan Pinggiran : Sahabat ini sudah bangkit tapi terkubur kembali