Kemerdekaan negara kita akan menjangkau kali ke-54. Rupanya sudah 54 tahun umat Melayu dan kaum Malaysia bebas dari sebarang bentuk penjajahan. Umat Melayu begitu selesa tanpa disedari banyak lagi perkara yang perlu dilakukan supaya kita tidak terpinggir buat kali keduanya. Sikap lupa diri, Kegagalan Umat Melayu memanfaatkan segala kemajuan teknologi mutakhir dan kita juga sering terjerat dalam salah tafsir ajaran Islam.
Hari ini kita dapat melihat dan berfikir sebenarnya umat Melayu masih lagi lemah dan pada hakikatnya mereka belum berjaya. Namun dari lagak yang ada sekarang Umat Melayu berlagak seolah-olah mereka terlalu kuat seoalah-olah mereka berjaya tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Padahal hakikat kejayaan yang dicapai selama ini adalah hasil perlindungan dasar bantuan kerajaan memerintah yang diterajui UMNO.
TIDAK semua umat Melayu dilanda sindrom lupa diri dan lupa daratan tetapi segelintir daripadanya sudah cukup meneyebabkan kehancuran umat..Sejarah kehancuran Melaka boleh dijadikan pedoman. Cukup adanya segelintir pegawai melakukan kecuaian maka hancurlah semuanya.
Kelemahan menguasai teknologi pada masa itu menyebabkan Melaka tidak dapat menentang Portugis sedangkan hubungan Melaka sudah terjalin dengan Cina, Arab sekian lama. Lambat menguasai teknologi dan tidak mengambil peluang pada ketika itu menyebabkan kita lesu dan layu di tangan Portugis.
Rumpun Melayu ketinggalan dalam arus revolusi industri pada satu ketika dulu kerana mereka sedang dijajah, namun persoalan paling kritikal ketika ini adakah kita akan terus bersama-sama menguasai dunia IT yang sedang melanda dunia globalisasi ketika ini? Kerajaan yang ditunjangi UMNO pula terus bekerja dengan kuat seperti dengan penubuhan MSC dan Cyberjaya.
Siapakah yang akan kita persalahkan pula selepas ini?
Satu persoalan lain juga berlegar di fikiran saya : satu masa dulu Islam telah menjadikan bangsa Arab yang berpecah-belah menjadi bersatu tatkala Barat masih dalam kegelapan. kenapa pula Umat Melayu pada hari ini begitu ghairah mencari kesalahan antara satu sama lain dengan menjadikan Islam sebagai landasan perpecahan yang sedang berlaku ini? Adakah kerana seorang individu yang berpengaruh kita sudah melupakan perpaduan Melayu? Adakah kerana membenci kerajaan hari ini menyebabkan kita buta untuk melihat kesalahan nyata individu berkenaan?
No comments:
Post a Comment