Pertemuan dengan kawan-kawan lama bukanlah bermakna kiambang bertaut kembali. Ia sekadar menjadi nostalgia sahaja. Apa lagi setelah begitu lama dipisahkan dengan masa. Setelah sekian lama, kita mempunyai tanggungjawab yang berlainan. Anehnya ... kita sering beranggapan masa sekarang sama seperti masa lalu.
Ketika kita mempunyai hala tuju dan cabaran yang mendatang. Dengan tanggungjawab menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi, kita tidak membolehkan diri kita hanyut dibuai kenangan masa lalu.
Kadang-kadang kita menunding jari menyalahkan rakan lama kita kerana sukar diduga tingkahnya. Dalam masa yang sama kita tidak menoleh orang yang berdekatan dan bersebelahan dengan kita. Mereka juga penuh kecurigaan dan licik. Sering mencari punca, jawapan sebenar ada pada kita.
Kehidupan perlu diteruskan.
Anak Kikek : Sahabat tetap sahabat ... dunia akhirat.....

"Like".....sama cm dlm bn n pr...licik-meliciki n curiga-mencurigai....
ReplyDeletep/s: bro, xnak berkenalan ngan kita ke?
Yang bulat datang bergolek , yan pipih datang melayang. Setenang air di kali jangan disangka tiada bahayanya. Bukan kiambang bertaut kembali tetapi sang orkid tak sedar diri. Cuba bertaut pada kiambang tapi teratai tumbuh melata. Orkid macam tak sedar diri cuba berbaik pada yang tak sudi. Alpa pula pada habitat tak sama tempat tak sesuai pula....jadilah orkid liar dihutan, hidup sendiri lebih bererti....
ReplyDelete